Ruangan Komen Facebook JKR Sabah Ditutup Elak Perdebatan Terbuka, Jadi Medan Tohmahan – Bung

JKR-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bertindak menutup ruangan komen di akaun Facebook rasminya.

Mengulas mengenai perkara berkenaan Menteri JKR Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan tindakan itu dilakukan bagi mengelak beberapa komen negatif yang dicetuskan netizen di ruangan berkenaan.

“Ruangan komen Facebook JKR Sabah ditutup bagi elak perdebatan terbuka, menjatuhkan moral dan keadaan tidak sihat,” jelas Bung ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu lepas.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan tujuan akaun Facebook JKR Sabah adalah untuk memberi maklumbalas kepada isu jalan yang ditularkan berbaur fitnah di media sosial.

Pada masa sama menjadi platform menyalurkan info mengenai bencana alam serta isu semasa jalan raya di negeri itu.

Tambahnya lagi, JKR Sabah ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam tidak menjatuhkan moral dengan menjadikan Facebook sebagai medan tohmahan. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top