KOTA KINABALU: Diakui, aktiviti rekreasi ekstrem luncur udara bukan untuk semua, namun bagi yang ada keberanian untuk mencuba, percayalah, anda tidak akan rugi.
Meluncur di udara pada ketinggian kira-kira 2,700 kaki dari aras laut memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi mata pula dihidangkan dengan pemandangan indah kehijauan belantara serta air laut yang membiru sayup di kejauhan.
Setidak-tidaknya itulah yang penulis rasai ketika meneroka ruang angkasa Manggatal, kira-kira 15 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Bertolak pada 9 pagi dari pekan Manggatal, perjalanan penulis ke Bukit Kokol iaitu antara pangkalan untuk aktiviti luncur udara di Sabah, amat menenangkan sekalipun laluannya berbukit dan berliku, merentasi perkampungan dan juga kawasan tarikan pelancongan.
Tiba di Bukit Kokol kira-kira 20 minit kemudian, penulis bersama-sama jurupandu peluncur Mejar (B) Haznain Ngamil, 51, yang juga pemilik Borneo Paragliders, menapak kira-kira lima minit melalui denai kecil sebelum tiba di kawasan lapang dikenali Bukit Kokol Mama Hill.
Baca seterusnya di: Astro Awani
Foto: trip.com