Rosmi Bekal Air Terawat Kepada Penduduk Pulau Di Sabah

rosmi-air.jpg
Kongsi Bersama

Melihat kepada keperluan masyarakat kepulauan Sabah yang memerlukan air terawat, mendorong Rosmi Habil, 42, untuk menceburkan diri dalam sektor perkhidmatan penghantaran dan membekal air terawat.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa pemilik syarikat Cahaya Enterprise itu memberitahu, dia nekad untuk menceburi bidang itu berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai penduduk di sekitar Pulau Semporna, Sabah.

“Biarpun tinggal di pulau dan dikelilingi dengan air laut yang indah, penduduk di sekitar pulau memerlukan air terawat dan bekalannya masih kurang untuk menampung keperluan harian.

“Jadi, saya mula menceburkan diri dalam bidang ini dengan wang simpanan dan modal pinjaman sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Saya cuba mendapatkan tender untuk menyertai sektor ini,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat AIM itu, hari ini, perkhidmatan yang dia ceburi sejak enam tahun lalu telah berkembang dan pihaknya sudah menyediakan air terawat ke seluruh sub pulau di sekitar Sabah dan taman marin termasuk pengusaha resort dan chalet.

“Penghantaran air rawat dilakukan menggunakan kapal air dimiliki oleh syarikat saya. Dianggarkan 10,000 hingga 40,000 liter air diedarkan setiap minggu,” katanya.

Untuk mendapatkan bekalan air terawat, dan boleh menghubungi Sahabat AIM ini di talian 011-26862470.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top