KINABATANGAN: Roslan Madali dipilih sebagai Pengerusi Parti Impian Sabah Bahagian Sukau bagi tempoh 2024-2026.
Keputusan sebulat suara dicapai pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan parti berkenaan di sini baru-baru ini.
Roslan dalam ucapannya berkata, keputusan mesyuarat baru-baru ini dan perasmian Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Puteh menjadi bukti kesiapsiagaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan penuh keyakinan serta keazaman.
Sementara itu, Presiden Parti Impian Sabah Michel Alok berkata, parti ini akan membuat transformasi ekonomi bagi memastikan pendapatan yang ada pada hari ini bukan berkurang tetapi akan bertambah baik di masa hadapan. – Utusan Borneo
Komen