Rondaan Bermotosikal Amanita dekati golongan wanita

Amanita.jpg

Kasim ketika membuat pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita, IPD Kota Kinabalu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rondaan Bermotosikal Amanita adalah salah satu inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu khususnya di kawasan bandar raya yang bertujuan mendekati komuniti wanita.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kehadiran anggota dan pegawai wanita di kawasan yang mempunyai ramai wanita akan mewujudkan persekitaran lebih selesa.

Katanya, ia sekali gus dapat menambahkan lagi kekuatan PDRM dalam usaha mencegah jenayah termasuk di kawasan tumpuan.

“Untuk permulaan, kita akan menempatkan Amanita bermula dari pusat beli belah Imago sehingga ke Jesselton Mall.

“Begitu juga dengan kawasan tumpuan seperti Jalan Tun Fuad Stephen, Anjung Kinabalu dan kawasan Jalan Gaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita, IPD Kota Kinabalu, di Dataran Deasoka, di sini, semalam.

Kasim berkata, usaha ini dilihat boleh mendekatkan kaum wanita yang mempunyai masalah dengan anggota polis wanita.

Katanya, komuniti wanita akan lebih selesa bergaul dengan polis wanita dan mudah memberi maklumat kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Usaha ini boleh diperluaskan lagi sekiranya terdapat keperluan namun bergantung kepada kekuatan anggota polis wanita.

“Setakat ini, kita mempunyai tiga anggota wanita bermotosikal dan memberi penumpuan operasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top