Ronald Kiandee, Yamani Hafez dan Rahim Bakri Gugur Dari Senarai Calon GRS

kiandee.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang menteri dan dua timbalan menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tiga individu tersebut antaranya, Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee yang menyandang kerusi Parlimen Beluran.

Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang turut tidak tercalon.

Seorang lagi, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri menyandang kerusi Parlimen Kudat.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi.

Beliau dalam pengumuman tersebut, memaklumkan seramai 13 calon daripada GRS akan dipertaruhkan pada PRU15.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar dalam ucapan berkata, penentuan calon bagi kerusi Parlimen Beluran masih dalam perbincangan.

Sementara, calon kerusi Parlimen Sipitang adalah Datuk Matbali Musah (GRS).

Bagi kerusi Kudat, GRS meletakkan Datuk Seri Rudi Awang.

 

Sumber; AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top