Ronald Kiandee Dilantik Ketua Bersatu Sabah Yang Baharu

tsmy-kiandee.jpg

(Gambar fail_ - BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor yang bertindak keluar parti.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Ahli Parlimen Beluran itu turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri berkenaan.

Katanya, Ronald bertanggungjawab menyelia dan menguruskan Bersatu dan PN Sabah sehingga penyusunan semula parti berkenaan diputuskan oleh kepemimpinan tertinggi.

“Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun Hajiji dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.

“Hal ini kerana badan pimpinan negeri, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan Bersatu Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Jadi hanya badan itu mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Semalam media melaporkan Bersatu Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti berkuat kuasa semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan landskap politik negara di samping merancang untuk menubuhkan sebuah parti tempatan baharu.

Sementara itu, Muhyiddin melahirkan rasa kecewa dengan sikap bekas kepemimpinan Bersatu Sabah yang tidak setia sedangkan Bersatu yang meletakkan mereka pada kedudukan tinggi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

“Saya percaya ahli-ahli Bersatu Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada dalam parti dan PN.

“Mengenai kedudukan empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding menggunakan logo GRS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), perkara itu akan ditentukan berdasarkan undang-undang Anti Lompat Parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top