Rombongan UMNO Sabah Lakukan Tinjauan Awal Ke Melaka

Bung-7.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid .

Sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama rombongan Umno Sabah turun padang bagi membuat tinjuan awal di beberapa buah tempat di negeri bersejarah itu.

Bung yang Juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bersama rombongan turut meninjau beberapa pusat daerah mengundi selain beramah mesra dengan golongan peniaga di beberapa lokasi di Melaka.

Bung sebelum ini pernah memberitahu bahawa Umno Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon-calon Umno dan Barisan Nasional di beberapa buah pusat daerah mengundi yang akan ditetapkan untuk Umno Sabah menjaganya pada PRN Melaka kali ini.

“Umno Sabah akan menghantar jenteranya semasa PRN Melaka kali ini dan akan berkampung di sini dari hari penamaan calon, semasa tempoh berkempen dan pada hari pengundian,” katanya ketika ditemui selepas melakukan  tinjauan awal ke Melaka baru-baru ini.

Turut serta dalam tinjuan awal tersebut Setiausaha Eksekutif Umno Sabah Datuk Awang Asee Lakat, Penolong Setiausaha Umno Sabah Datuk Jumat Idris, Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadilah Sabri dan beberapa orang Ketua Umno bahagian dari Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top