Rogol Kanak-kanak Tujuh Tahun, Lelaki Dipenjara 28 Tahun 22 Sebatan

rogol.jpg

Tertuduh telah merogol mangsa di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di Kampung Tampi-Tampi dalam daerah Semporna. - Foto Astro AWANI

Kongsi Bersama

TAWAU: Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki menerima akibatnya apabila dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan hari ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol mangsa pada 6 April 2021, di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di Kampung Tampi-Tampi dalam daerah Semporna.

Mangsa juga telah ditumbuk, ditampar, dicekik di beberapa bahagian tubuh sehingga menyebabkan dia pengsan lalu tertuduh merogol sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di lokasi kejadian.

Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa keesokan harinya setelah penduduk kampung menemui cucunya yang hilang semalaman di lokasi tersebut.

Hasil daripada siasatan lanjut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya menahan tertuduh keesokan harinya.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan, kecederaan lebam pada mata, muka, patah pada tulang selangka dan patah gigi, impak dari tumbukan tertuduh.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top