MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan selepas didapati bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Ayer Keroh yang menjatuhkan hukuman itu menetapkan penjara itu berjalan serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 September 2022, menjadikan hukuman keseluruhan berjumlah 45 tahun dan 24 sebatan maksimum.
Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh, 56, yang bekerja sebagai penyelia syarikat pelaburan itu melakukan tindakan jijik berkenaan di kediamannya di Taman Thamby Chik dalam daerah Melaka tengah sejak kedua-dua mangsa berusia 12 tahun.
Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.
Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022.
Baca seterusnya di: Utusan Malaysia