Robohkan Tembok Penghalang Jalan Di Plaza Lido – SAPP

sampah-plaza-lido.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tembok kontroversi yang didirikan di Plaza Lido yang menghalang penggunaan awam rizab jalan adalah haram dan perlu dirobohkan secepat mungkin, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Yit Jee.

Yong yang juga seorang peguam berkata, beliau telah membuat pengesahan dengan Majlis Daerah Penampang (PDC) dan pemaju dan mengesahkan tembok itu didirikan secara haram kerana tidak pernah diluluskan PDC dan tidak dibina sama ada oleh PDC atau pemaju.

“Tembok ini telah menghalang penggunaan awam rizab jalan masuk dan keluar Kg Kobusak dari pusat komersial Plaza Lido dan ia juga menyebabkan kesesakan di kawasan itu,” kata Yong.

“Adalah membingungkan mengapa isu tembok kontroversi ini tidak diselesaikan walaupun ia telah didirikan selama lebih enam tahun.”

Yong meninjau kawasan itu berikutan aduan pengusaha-pengusaha kedai di Plaza Lido. Pengusaha-pengusaha itu juga bersama-sama menandatangani surat aduan kepada PDC.

Tambahnya, masalah itu ditambah lagi dengan pusat tong sampah yang tidak terurus. Tong sampah komunal dialihkan dari pusat tong sampah dan sampah bertaburan di seluruh jalan. Ini sangat tidak sedap dipandang dan berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar, menjejaskan pengusaha kedai, orang awam dan penduduk berhampiran.

“Saya menggesa Majlis Daerah Penampang mengambil tindakan pantas merobohkan tembok haram dan membersihkan pusat tong sampah dengan kerap supaya orang ramai, pengusaha kedai dan penduduk berhampiran dapat menikmati persekitaran yang bersih, selamat dan sihat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top