Robert Tinjau Jalan Rosak Di Bandukan Ulu

robert-tawik.jpg

Zulkefli (dua dari kiri) menerangkan sesuatu kepada Robert (paling kanan).

Kongsi Bersama

KENINGAU: Masalah kerosakan jalan yang dihadapi penduduk kampung Bandukan Ulu dan Kg Baru mendapat perhatian daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.

Aduan penduduk yang rata-rata merupakan pekebun kecil yang merayu agar jalan pertanian mereka diselenggara kerana terdapat hakisan teruk sehingga menyukarkan mereka menggunakan laluan itu untuk memasarkan hasil pertanian.

Ekoran itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor bersama Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Zulkefli Salip Arjud  turun padang meninjau ke lokasi Jalan Sosopon, Minitinduk dan Maasin.

Sebelum ini beberapa penduduk terbabit membuat aduan berikutan keadaan jalan yang rosak, berlumpur dan berlubang dalam yang sukar dilalui oleh sebarang kenderaan untuk keluar masuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Semasa tinjauan itu, Robert meminta pihak JKR daerah agar dapat membaiki serta menyelenggara bahagian jalan yang rosak dan terhakis itu serta mencari jalan bagi penyelenggaraan berterusan terhadap jalan tersebut agar penduduk tidak menghadapi kerugian dan kesulitan dalam mengusahakan dan memasarkan hasil pertanian mereka.

Menurut Zulkefli, pihaknya sememangnya amat mengambil berat mengenai permasalahan itu, namun terdapat beberapa kekangan seperti kekurangan jentera manakala jentera sedia ada menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tempat lain.

Dalam perkembangan yang sama seorang pekebun sawit, Olliver Basir Umpason turut  merayu kepada pihak berwajib supaya turut membuat pembaikan dan penyelenggaraan  jalan Maasin Bandukan dan Takulindang Kg Baru kawasan Tanam Baru Berkelompok  Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang kini mula mengeluarkan hasil juga mengalami kerosakan jalan dan sukar dilalui kenderaan keluar masuk untuk memasarkan hasil pertanian para pekebun. – Utusan Borneo

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top