Robert Sokong Cadangan Kerajaan Sabah Diberi Kuasa Penuh Keluarkan IC Sabah

robert-tawik-1.jpg

Robert

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik menyambut baik perkara yang disuarakan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang meminta Kerajaan Persekutuan supaya memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri Sabah untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah.

Utusan Borneo melaporkan Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut yakin cadangan Ahli Parlimen Keningau itu (Jeffrey) mampu mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan negeri Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberikan kuasa penuh untuk mengeluarkan kad pengenalan Sabah.

“Selagi tidak ada maknisma yang diambil seperti mengganti Kad Pengenalan yang sedia ada kepada Kad Pengenalan Sabah yang baru, selagi itulah masalah kebanjiran PATI berleluasa di negeri Sabah.

“Maka itu kerajaan Persekutuan perlu memberikan kerjasama dan sokongan dengan memberi kebenaran kepada kerajaan negeri Sabah mengeluarkan kad pengenalan Sabah.

“Saya percaya dengan pengeluaran kad pengenalan Sabah yang baharu, masalah pendatang asing tanpa izin di negeri ini boleh diatasi, ” katanya.

Dr Jeffrey pada Rabu ketika perbahasan di Dewan Rakyat, meminta kerajaan Persekutuan memberi Sabah kuasa penuh untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah sebagai usaha menyelesaikan isu warga asing.

Beliau berharap perkara itu mendapat sokongan daripada kerajaan persekutuan termasuk kerjasama daripada jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top