Robert Dijangka Bertanding Jawatan Timbalan Presiden STAR

robert.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menerima kunjungan hormat Ketua STAR Bahagian Kuala Penyu, Jonas Sunggim di pejabatnya di Kementerian Kerja Raya di Sembulan, kelmarin.

Mereka membincangkan soal pembangunan infrastruktur khususnya kemudahan jalan raya di kawasan selain persiapan menghadapi pemilihan jawatankuasa parti pada perhimpunan agung parti bulan depan.

Robert yang juga Naib Presiden STAR dijangka akan bertanding jawatan Timbalan Presiden (kuota Bumiputera Islam) pada pemilihan parti kali ini.

Difahamkan sebahagian besar bahagian parti itu sehingga ini sudah menyatakan sokongan padu kepada beliau untuk bertanding jawatan tersebut.

Timbalan Presiden (kuota Bumiputera bukan Islam) telah dimenangi tanpa bertanding, Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top