RM64 Juta Untuk Inisiatif JENDELA Di Labuan

Labuan-Jendela.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN,: Sebanyak RM64 juta diperuntukkan Kerajaan bagi pelaksanaan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus, Labuan turut menerima limpahan bagi fasa pertama inisiatif JENDELA sejak dilancarkan pada tahun lalu.

“Kita cuba pertingkatkan dari segi ‘blind spot’, yang mana peningkatan dari rangkaian 3G ke 4G dibuat.

“Lima menara telekomunikasi baharu juga ditambah di Labuan, dua menara telah siap dan tiga lagi dalam pelaksanaan selain pemasangan gentian fiber optik yang meliputi 6,000 premis dalam fasa pertama ini,”katanya yang ditemui media semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Sistem CIPM (Communication Infrastructure Permit Managament) antara Perbadanan Labuan (PL) dan SKMM, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi PL, Datuk Seri Amir Hussien berkata, Majlis Menandatangani MOU Sistem CIPM antara SKMM dan PL itu selaras dengan inisiatif ke arah Program Smart City Labuan.

“Sistem ini memperkukuhkan tadbir urus dan sistem penyampaian Kerajaan melalui perkhidmatan teknologi digital dan secara dalam talian bagi memberi perkhidmatan berkualiti dan efektif.

“Sistem ini akan sentiasa menyediakan maklumat terkini berkenaan dengan lokasi secara pemetaan dan mampu untuk mengenalpasti lokasi struktur komunikasi yang dibina tanpa permit,” ujarnya.

Tambahnya, penggunaan sistem CIPM itu juga mengurangkan ketirisan hasil PL terhadap struktur-struktur menara telekomunikasi yang tidak berpermit melalui program pemutihan dan penguatkuasaan serta pemantauan bersama antara PL dan SKMM. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top