RM6.16 Juta Disalur Untuk Waris Keluarga Korban Covid-19

redzuan.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan RM6.16 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 kepada 1,232 waris yang kematian ahli keluarga akibat Covid-19 setakat 19 Julai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata Nadma setakat ini telah menerima kira-kira 1,500 permohonan daripada rakyat Malaysia untuk bantuan khas berkenaan.

“Bantuan ini untuk mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal adalah ketua keluarga. Sekurang-kurangnya kita boleh bagi bantuan segera,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Seroja, di sini hari ini.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 adalah bantuan sekali bayar RM5,000 yang diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Mohd Redzuan berkata sebanyak 300 permohonan masih dalam proses kelulusan oleh Nadma.

“Proses (kelulusan) tu sentiasa berjalan, kadang-kadang maklumat dan verifikasi (untuk sesuatu permohonan) belum diterima,” katanya. – BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top