RM599! Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada Aidilfitri

anthony-loke.jpg

Anthony Loke

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini, ditetapkan sebanyak RM599.

Kerajaan mengambil langkah itu bagi membantu lebih ramai perantau pulang ke kampung masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagaimanapun berkata, pihaknya akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memastikan tarikh sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.

“Selain harga maksimum yang sudah ditetapkan itu, ada syarikat penerbangan seperti Air Asia yang mengambil inisiatif menetapkan harga tetap tambang lebih murah namun penerbangan hanya pada waktu malam sahaja.

“Ia akan dilancarkan pada awal Mac ini,” katanya.

Loke berkata walaupun penetapan kadar tambang itu tidak menyelesaikan keseluruhan masalahnya, namun ia dapat meringankan beban lebih ramai perantau.

“Di Semenanjung tidak harga maksimum sebab ada pilihan pengangkutan lain seperti bas, kereta api dan sebagainya, sebaliknya bagi Sabah dan Sarawak tidak ada pilihan maka kerajaan menetapkan harga maksimum.

“…Apabila kekurangan tiket, harga melambung naik, kita maksimumkan RM599, jadi sebarang kenaikan melebihi harga tersebut akan ditampung melalui subsidi kerajaan untuk tiga hari tersebut,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

Loke berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baharu bertingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chun Yin Titi dekat sini pada Sabtu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top