RM5,000 Menanti Juara Keseluruhan Pertandingan Bersusul/Berjujul Parlimen Papar

Datul-Armizan.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Hadiah lumayan berjumlah RM5,000 menanti Juara Keseluruhan Pertandingan Bersusul/Berjujul Sempena Aidilfitri 1442H/2021M Parlimen Papar anjuran Persatuan Setiakawan Sabah (SETIAKAWAN).

Pengerusi SETIAKAWAN Sabah Dato Armizan Mohd Ali (gambar) dalam kenyataannya di sini memberitahu, pertandingan terbahagi kepada tiga DUN di Parlimen Papar iaitu DUN Kawang, DUN Pantai Manis dan DUN Limbahau.

Katanya, Johan DUN Kawang akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, Johan DUN Pantai Manis RM3,000 dan Johan DUN Limbahau RM3,000.

Katanya, 6 hadiah saguhati turut disediakan iaitu RM2,000 untuk 3 pemenang, RM1,500 (3 pemenang), RM1,000 (5 pemenang), RM750 (5 pemenang), RM500 (10 pemenang) dan RM250 kepada 10 pemenang bagi setiap DUN.

Katanya, pertandingan terbuka kepada penduduk di Parlimen Papar di mana penyertaan dibuka secara dalam talian melalui link https://forms.gle/NNU6zq1c6iMf2Sgi9.

Katanya, setiap penyertaan perlu disertakan kod lokasi menggunakan geogle maps untuk proses penilaian ke lokasi.

Katanya, setiap penyertaan perlu memenuhi kriteria iaitu; jumlah minimum pelita yang digunakan adalah sebanyak 200 buah; bahan yang digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi atau bahan terpakai (bukan kuasa elektrik); penyertaan adalah berdasarkan individu/rumah.

Menurutnya, pendaftaran bermula 3-9 Mei 2021; dan penilaian akan dilakukan selama 4 malam bermula 1 Syawal berdasarkan lokaliti kampung (jadual akan ditetapkan).

Katanya, keputusan pengadil adalah muktamad dan tertakluk pada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi; Saiful Ahdzim (013 565 6501), Zulfahmi (010 950 5105), Rahmat@ Gandau (011 563 38783), Shahril@ Mamin (016 815 5600).

Menurut Armizan, penganjuran ini sebagai antara aktiviti memaknai Hari Raya Aidilfitri dalam suasana COVID-19 yang menghadkan pergerakan kita.

“Marilah kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun  ini dengan aktiviti bersusul/berjujul bersama keluarga,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top