RM50 juta untuk subsidi padi bukit di Sabah, Sarawak

arthur-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

NABAWAN: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk membiayai subsidi padi bukit di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Kabinet Persekutuan telah meluluskan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pengeluaran padi bukit.

Katanya, peruntukan itu membiayai keperluan petani padi bukit seperti baja, racun rumpai dan racun makhluk perosak.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Peladang Nabawan dan majlis berbuka puasa di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan di sini baru-baru ini.

Arthur turut menyampaikan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) berjumlah kira-kira RM20,000 kepada 31 pesawah yang terjejas hasil akibat musim kemarau.

Katanya, kerajaan sentiasa memandang serius terhadap isu dan bencana yang berada di luar kawalan manusia yang memberi kesan negatif kepada sektor agromakanan khususnya subsektor padi dan beras negara.

Katanya, bantuan TBTP merupakan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan pesawah terjejas akibat bencana alam dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Pada majlis sama, Arthur menyampaikan bakul makanan kepada 30 asnaf sekitar daerah Nabawan.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pertumbuhan Peladang Negeri Sabah Hardriyani Ahmad, Pengurus Besar PPK Nabawan Jufry Haji Jubal, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat. – Harian Ekspress

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top