RM450,000 peruntukan projek pembangunan di Mukim Keramuak

masiung.jpg

Masiung mengagihkan duit raya kepada lebih 100 kanak-kanak sempena majlis itu.

Kongsi Bersama

TONGOD: Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM450,000 bagi melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar di empat buah kampung di Mukim Keramuak, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, peruntukan itu digunakan untuk membaikpulih tiga dewan bagi kegunaan penduduk kampung.

“Dewan Kampung Kuala Keramuak dan Tenaga Baru masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM150,000, manakala dewan terbuka Kampung Keramuak Dalam menerima RM100,000.

“Peruntukan RM50,000 lagi digunakan untuk membina tandas awam dan pondok Team Aki Keramuak bagi mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian hadir merasmikan Majlis Aidilfitri di Dewan Kuala Keramuak dalam Mukim Keramuak, di sini kelmarin.

Sementara itu, katanya, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukan RM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas di seluruh Tongod termasuk perkampungan dalam Mukim Keramuak.

“Setiap kampung yang terjajas kemarau akan memperolehi 10 buah tangki yang diletakkan pada satu tempat membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Semua projek-projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal bulan Mei depan,” katanya.

Terdahulu, lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama hadir memeriahkan majlis aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top