RM250,000 Untuk Bangunkan Dataran Tamu Sukau Kinabatangan

jafry-sukau-kinabatangan.jpeg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memperuntukkan sekurang-kurangnya RM250,000 bagi membangunkan Dataran Tamu Sukau Kinabatangan di sini.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, dataran dan gerai disekitarnya berpotensi untuk dibangunkan menjadi pusat tumpuan pelancong sekaligus meningkatkan ekonomi setempat.

“Pihak KePKAS bersama Majlis Daerah Kinabatangan kini dalam perancangan untuk menaik taraf dan memperindah kawasan serta fasiliti sedia ada,” katanya.

Dataran itu juga adalah tempat untuk mengadakan pelbagai program kebudayaan antaranya Pesta Damas anjuran Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS).

Sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, acara kebudayaan itu telah berjaya menarik bukan sahaja pelancong tempatan tetapi juga dari luar negara khususnya daripada negara Eropah untuk datang ke Sukau.

Sukau yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Sandakan antara lokasi yang terkenal dengan pelbagai jenis hidupan liar yang boleh dilihat di habitat semulajadinya pada jarak dekat antaranya gajah, monyet Proboscis dan banyak lagi.

Dalam pada itu, KePKAS turut bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai salah satu destinasi persinggahan pelancongan berkonsepkan ikonik seni yang menawarkan produk berteraskan seni, kraf dan warisan masyarakat tempatan.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top