RM24 Juta Diperlukan IKIM Bagi Pembukaan Cawangan Sabah

ikim-tyt.jpg

Mohd Kamal (tengah) semasa menerangkan sesuatu kepada Tun Juhar.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dianggarkan RM24 juta diperlukan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi pembukaan cawangan Sabah.Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan berkata bangunan tersebut dijangka menempatkan pusat pentadbiran, kegiatan sosial, dakwah dan pusat perniagaan yang boleh disewakan untuk menambah pendapatan.

“Hasrat tersebut akan direalisasikan di kawasan tanah berbukit yang diberikan kerajaan negeri di tanah seluas 10 ekar di Manggatal dan perbincangan lanjut bersama kerajaan Sabah bakal diadakan pada 12 September.

Kekangan kewangan adalah antara faktor melambatkan usaha pembinaan dan oleh itu diharap kos pembangunan dapat dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 nanti,” katanya semasa ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Beliau juga berharap cawangan tersebut dapat menghebahkan semua program radio dan tvIKIM di samping menjadi tempat menaikkan imej Islam sekaligus memperbaiki hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam.-JaPenSabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top