RM15.5 juta diperuntukan kepada Sabah bagi menyelenggara, naik taraf jalan pertanian -Arthur

arthur.jpg

Arthur (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk menaik taraf jalan pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang di seluruh negara, pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kementerian juga telah menerima peruntukan tambahan secara one-off dari Kementerian Kewangan berjumlah RM50 juta bagi tujuan menaik taraf jalan pertanian di kawasan pertanian.

Daripada jumlah itu, Arthur berkata sebanyak RM15,500,000 telah diperuntukkan kepada Sabah bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan pertanian yang meliputi kawasan dalam jelapang dan luar jelapang.

“Untuk makluman, kemudahan infrastruktur dan saliran pertanian merangkumi jalan-jalan pertanian merupakan aspek penting dalam perancangan pembangunan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan lisan Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) pada Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Arthur memberitahu kawasan parlimen Tuaran tidak termasuk dalam kawasan jelapang padi di Negeri Sabah dan kawasan dalam jelapang di Sabah adalah berada di Kota Belud dengan keluasan 8,500 hektar.

“Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah, Parlimen Tuaran mempunyai jumlah jalan pertanian sepanjang 10.02 kilometer (km) termasuk kawasan luar skim pengairan.

“Pada tahun 2024, kerja menaik taraf jalan pertanian sepanjang 3.12 km telah dilaksanakan di Kampung Minangkob, Kiulu dan Kampung Ranau-Ranau Rugading, Kiulu dengan jumlah kos sebanyak RM334,000, ” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top