KOTA KINABALU: Hadiah wang tunai dengan keseluruhan berjumlah RM10,000 menanti peminat badminton menerusi ‘Karnival Badminton China-Sabah’ pada 9 hingga 10 Disember depan.
Karnival itu dianjurkan oleh See Hua Daily News Sabah dan disokong oleh Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Kota Kinabalu City Badminton Association (KKCBA) dan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.
Pemain badminton diminta tidak melepaskan peluang ini dan membuat pendaftaran segera kerana penyertaan terhad kepada 64 penyertaan sahaja dalam setiap kategori.
Yuran pendaftaran hanya RM50 bagi kategori perseorangan dan RM150 untuk beregu. Setiap peserta akan menerima sehelai jersi yang menarik.
Tarikh akhir bagi penerimaan borang penyertaan semua peserta adalah pada 3 Disember depan jam 6 petang.
Semua pemain dan peminat badminton perlu menyertai pertandingan ini untuk mempamerkan bakat permainan mereka menerusi platform di Karnival Badminton China-Sabah.
Untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran, sila imbas kod QR pada poster yang disediakan di bawah.