RM100 Juta Buat Najib: PH Kaji Semula MoU Dengan Kerajaan

dsai-1.jpg
Kongsi Bersama

Pakatan Harapan (PH) dipercayai mengkaji semula persefahaman yang wujud diantara pihaknya dan Kerajaan Persekutuan susulan permohonan pembangunan sebuah rumah untuk diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bernilai sehingga RM100 juta.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu amat mengejutkan tatkala Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan menerima permohonan tersebut

Beliau berkata, ini berikutan perkara itu tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada pihaknya dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.

“Pada saat rakyat sedang menderita, para doktor kontrak yang masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar, dan begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, keputusan Kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal.

“Rakyat pasti tidak lupa bagaimana ahli Parlimen Pekan itu telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Malah, beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri.

“Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami (PH) untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Tengku Zafrul mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula membidas Tengku Zafrul yang didakwa telah meluluskan permohonan itu.

Berikutan celahan itu, situasi di Dewan Rakyat menjadi riuh apabila lebih ramai ahli Parlimen pembangkang terus mempersoalkan perkara itu.

Antaranya adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top