RM1.6 juta kerugian akibat jenayah komersil di Ranau

polis.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Sejumlah RM1.6 juta kerugian disebabkan kes jenayah penipuan komersil bagi tempoh Januari sehingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Pemangku Superintendan Mursalin Mahmud berkata, jumlah kerugian itu berdasarkan laporan yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau setakat ini.

Katanya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan membabitkan pelbagai pihak dan jumlah kerugian yang besar.

“Statistik dari Bahagian Siasatan Jenayah komersil IPD Ranau juga menunjukkan peningkatan kertas siasatan daripada 2015 hingga tahun ini.

“Daripada nilai yang ditunjukkan, statistik pekerja juga menunjukkan mangsa yang mengalami kerugian datang daripada pelbagai jenis latar belakang.

“Malah mangsa mempunyai latar belakang akademik yang baik juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Mursalin berkata, pihaknya menasihati supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan teknik-teknik yang sering digunakan oleh  ‘scammer’.

“Apa yang perlu masyarakat khususnya di daerah ini perlu buat apabila menerima sebarang panggilan yang meragukan iaitu jangan layan sebarang panggilan telefon dari nombor atau pihak yang tidak dikenali.

“Selain itu, jangan takut atau cemas jika anda dihubungi dan dimaklumkan bahawa anda terbabit dengan jenayah, pengubahan wang haram, dadah dan sebagainya.

“Beritahu kenalan berkenaan panggilan telefon yang diterima dan jangan percaya pada ugutan Akta Rahsia Raski yang sering digunakan oleh scammer,” katanya.

Paling penting katanya, jangan dedahkan maklumat perbankan atau kewangan kepada mana-mana individu dan sentiasa ingat bahawa penguatkuasa tidak menjalankan siasatan melalui telefon bimbit.

Sementara itu katanya, orang awam juga boleh menyemak dengan menggunakan SEMAKMULE-PDRM bagi sebarang transaksi bayaran yang tidak pasti.

“Rujuk Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ranau jika terlibat sebarang transaksi yang tidak pasti,” katanya. – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top