RM1.147 bilion pampasan dibayar Projek Pan Borneo Sabah

shahelmey-4.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak RM1.147 bilion jumlah pampasan dibayar kepada pemilik tanah dan struktur setakat 1 April tahun ini bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, bagi 12 pakej di bawah seliaan Rakan Penyampai Projek (PDP), jumlah keseluruhan pampasan yang dibayar sehingga 2019 adalah sebanyak RM651 juta.

Katanya, jumlah pampasan berkenaan bagi projek di bawah seliaan PDP melibatkan seramai 1,591 orang pemilik tanah dan struktur.

“Jumlah pampasan tanah dan struktur di Sarawak adalah rendah berbanding di Sabah kerana di Sarawak, koridor jalan sedia ada selebar 100 meter manakala, di Sabah pula, koridor sedia ada selebar 30 meter sahaja.

“Secara dasar pelaksanaan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan juga Sarawak adalah untuk menaik taraf jalan Persekutuan utama yang sedia ada.

“Namun, memandangkan jalan Persekutuan sedia ada adalah bertaraf satu Lorong dua hala yang dinaiktarafkan kepada dua lorong dua hala, maka ia melibatkan pengambilan tanah yang lebar,” katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai senarai tanah yang ada serta jumlah kos yang ditampung sehingga RM1.2 billion disifatkan sebagai satu perbelanjaan yang agak banyak.

Shahelmey berkata, di Sarawak, koridor sedia ada melibatkan 100 meter lebar dan dalam aspek pengambil alihan tanah, negeri itu kurang pampasan berbanding dengan Sabah.

Ini kerana jelasnya, ia bukan sahaja melibatkan tindakan mengambil alih tanah, namun pembayaran ganti rugi rumah-rumah ataupun struktur-struktur yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan sebanyak RM114.7 juta pampasan masih belum dapat dibayar disebabkan kes-kes rayuan dan juga tuntut waris.

Menurutnya, pampasan berkenaan melibatkan Fasa 1A bagi 15 pakej yang sedang berlangsung.

Katanya, proses berkenaan adalah luar bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ia perlu mengikuti prosedur sedia ada.

Shahelmey menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (ADUN Dilantik) mengenai banyak kes pampasan akibat pengambilan tanah untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang masih belum diselesaikan disebabkan kes tuntutan waris di peringkat Mahkamah Sivil berpanjangan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top