RM 188 Juta Untuk 513 Rumah Kuarters Tentera Di Kem Lok Kawi

arthur.jpg

ARTHUR Joseph Kurup (dua kanan) mendengar taklimat daripada anggota tentera Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Kerajaan komited bagi memperkasakan lagi usaha membela kebajikan anggota, veteran ATM dan ahli keluarga mereka terutama dari sudut perumahan selain perkhidmatan kesihatan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Rumah Kuarters Angkatan Tentera Tambahan Kelas Kem Lok Kawi di sini pada Jumaat.

“Projek dengan peruntukan sebanyak RM188 juta itu akan membina 514 rumah kuaters serta bangunan sokongan termasuk kerja-kerja infrastruktur dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Apabila siap kelak, anggota tentera di Kem Lok Kawi akan dapat menikmati rumah yang lebih selesa untuk diduduki bersama keluarga,” katanya dalam ucapan.

Beliau mengingatkan pihak kontraktor agar mematuhi syarat-syarat yang termaktub di dalam kontrak dan memenuhi ekspektasi pelanggan.

Tegasnya projek- projek yang dipelawa ini adalah projek yang melibatkan fasiliti awam demi kepentingan rakyat.

“Justeru, pelaksanaan projek wajib mematuhi spesifikasi dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan agar projek yang diserahkan nanti adalah berkualiti, mengikut tempoh masa dan kos yang telah ditetapkan.” tambahnya.

Pencapaian Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) mencerminkan pengiktirafan Kerajaan kepada sektor pembinaan sebagai salah satu sektor penting yang menjadi teras pemulihan ekonomi negara Pasca COVID-19.

“KKR telah mengeluarkan 137 SST bernilai RM4.6 bilion melepasi sasaran yang telah ditetapkan bersempena KPI Aspirasi Keluarga Malaysia.Manakala bagi tahun 2021 pula, sebanyak 392 SST telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18.6 bilion.” katanya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top