Risiko Tanah Runtuh: 300 Penduduk Ranau Dinasihatkan Pindah

ridwan-bomba-ranau.jpg

Ridwan

Kongsi Bersama

RANAU: Lebih 300 penduduk Kg Lembah Permai Kundasang diarah mengosongkan rumah mereka berkuat kuasa serta-merta semalam berikutan berisiko tinggi berlaku tanah runtuh besar di situ.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata keputusan itu dibuat susulan pemeriksaan bersepadu di kawasan itu membabitkan beberapa agensi di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ranau.
“Susulan pemeriksaan, kami membuat kesimpulan bahawa terdapat pergerakan tanah di kawasan Kg Lembah Permai.
“Menurut penduduk Kg Lembah Permai, selalunya terdengar bunyi seperti objek terbelah atau dipatahkan,” katanya.
Ridwan berkata, secara berjalan kaki dan pemeriksaan fizikal rumah di Lembah Permai dilakukan bersama Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani, Penolong Pegawai Daerah, anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah, polis, APM, Majlis Daerah Ranau dan JKR kira-kira jam 10 pagi.
Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah penduduk kampung dan PPM Kundasang
“Lima rumah berisiko tinggi (struktur rumah tidak kukuh) dikenal pasti. Terdapat keretakan besar di dinding, lantai dan bumbung.
“Impak besar pergerakan tanah dapat dilihat dengan ketara di bahagian hilir Lembah Permai,” katanya.
Ridwan berkata selepas mendapat nasihat dan pendapat daripada pihak Bomba dan JMG, Pegawai Daerah mengarahkan penduduk Kg Lembah Permai mengosongkan kawasan yang terjejas akibat pergerakan tanah itu.
“Pada masa ini masih terlalu awal untuk menentukan jumlah sebenar penduduk yang terlibat, tetapi pada anggaran kami, terdapat 200 hingga 300 rumah dan bangunan di kawasan itu,” katanya.
Tambahnya, JMG akan membuat laporan terperinci berkaitan pergerakan tanah itu secepat mungkin.

 

Berita asal: Daily Express

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top