Risalah pelancongan Sabah diterjemah kepada empat bahasa

christina-joniston.jpg

Christina (tengah) dan Joniston (dua dari kiri) menunjukkan risalah pelancongan Sabah dalam pelbagai bahasa.

Kongsi Bersama

BERLIN: Risalah mengenai pelancongan Sabah diterjemah dalam empat bahasa iaitu bahasa Jerman, Belanda, Perancis dan Sepanyol.

Penterjemahan itu merupakan inisiatif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bagi meluaskan rangkaian promosinya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, inisiatif itu adalah komitmen STB bagi memastikan rakyat negara-negara berkenaan lebih mengenali Sabah dan produk-produk pelancongannya.

Katanya, walaupun bahasa Inggeris digunakan di peringkat antarabangsa, tetapi ia usaha menterjemah itu dilakukan usaha memenuhi keperluan pelawat dari negara berkenaan.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan kemasukan bilangan pelancong untuk melihat keindahan alam semula jadi di Sabah.

“Dengan inisiatif itu, kami sudah melengkapkan risalah sedia ada yang kini dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Korea di samping ia bersesuaian dengan kepentingan pasaran sasaran,” katanya ketika hadir pada pameran pelancongan, di sini.

Menurutnya, penjenamaan ‘Feel Sabah’ dalam pelbagai bahasa merangkumi intipati daya tarikan unik Sabah.

Tambah beliau, dalam kalangan pelancong dari negara Eropah yang tiba di Sabah pada tahun lepas, pelancong dari Jerman mencatatkan jumlah kedua tertinggi, selepas United Kingdom (UK) dan Ireland.

“Ini membuktikan bahawa Sabah perlu memberikan penekanan terhadap pasaran Jerman dan menyediakan maklumat yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top