Ribuan sambut Tun Musa di Terminal 2 KKIA

sambut-Tun-Musa.jpg

Kredit foto: FB Salleh Said Keruak

Kongsi Bersama

KOTA KINABALUL Kepulangan Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah disambut oleh ribuan rakyat yang berkumpul sejak pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Mereka terdiri daripada pelbagai kalangan, termasuk pemimpin negeri, ketua masyarakat, wakil pelbagai kumpulan etnik, khalayak perniagaan dan orang perseorangan.

Pesawat membawa bekas Ketua Menteri Sabah itu mendarat di Terminal 2 KKIA jam 12.02 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim serta Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Tun Musa, 73, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong semalam di Istana Negara.

Beliau secara rasmi akan menjadi gabenor negeri pada 1 Jan, 2025, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang penggalnya akan berakhir pada 31 Dis.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top