Ribuan penonton saksikan ceramah Ustaz Abdul Somad di Tuaran

seramah-tuaran.jpg

Ketua menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersama isteri serta beberapa menteri dan pembantu menteri kabinet negeri turut hadir mengikuti ceramah Prof Dr Ustaz Abdul Somad. (Kredit foto: FB Jahid Jahim)

Kongsi Bersama

TUARAN: Hujan lebat sejak jam 8 malam tadi tidak menghalang lebih 3,000 penonton mengikuti ceramah perdana sempena Bulan Kemerdekaan 2023 yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari Indonesia, Prof Dr Ustaz Abdul Somad.

Mereka terus tekun mengikuti ceramah itu di bawah khemah besar di padang Tuaran menerusi skrin raksasa yang disediakan penganjur.

Sebahagian penonton malah sanggup basah kuyup demi mahu mengikuti ceramah itu.

Di dalam Dewan Seri Sulaman jumlah hadirin mencapai had maksimumnya iaitu kira-kira 2,000 orang, yang turut tidak berganjak dari tempat duduk.

Difahamkan penonton-penonton yang dari segenap pelosok Sabah memenuhi ruang dewan dan membajiri padang sejak awal petang.

Program anjuran kerajaan Sabah itu, turut diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan nasyid Hijjaz.

Yang turut hadir menyaksikan ceramah itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Isteri, Datin Seri Julia Salag serta beberapa menteri dan pembantu menteri kabinet negeri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top