Ribuan Burung ‘Jatuh’ Dari Langit, Dan Mati!

burung.jpg
Kongsi Bersama

RIBUAN burung dilaporkan secara tiba-tiba ‘jatuh’ dari langit dan mati dalam kejadian di sebuah pekan kecil di Chihuahua, Mexico.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan burung-burung tersebut jatuh ke tanah dipercayai berhampiran sebuah kediaman.

https://www.youtube.com/watch?v=hF6scatviz0

Video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di Instagram TRT World turut memaparkan spesies berwarna hitam dan kuning itu bergelimpangan di atas jalan.

Menurut beberapa laporan, kematian burung-burung malang itu kemungkinan disebabkan kepekatan bahan pencemar di udara.

Selain itu, ada juga yang mendakwa ia berpunca daripada renjatan elektrik.

Bagaimanapun, setakat ini punca sebenar kejadian masih belum disahkan.

Kejadian burung jatuh dari langit dan mati bukan pertama kali berlaku di Mexico.

Insiden hampir sama pernah dilaporkan pada 20 Ogos tahun lalu, yang mana pakar mengesyaki ia berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku di pantai barat negara itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top