Restoran Di Sabah Kekal Operasi 7 pagi Hingga 7 Malam

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih mengekalkan semua Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, sebarang perubahan terhadap SOP PKP 3.0 hanya akan diumumkan hari ini atau esok.

Katanya, setakat ini, semua SOP masih kekal termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Tunggu kenyataan saya esok atau lusa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan dan restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.- HMetro


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top