Replika Kek Masjid Curi Tumpuan TYT

kek-masjid.jpg

Replika kek Masjid Datuk Mahiruddin menarik perhatian Tun Juhar (hadapan).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Replika kek Masjid Datuk Mahiruddin Imam Haji Hussin mencuri tumpuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni semasa majlis Persembahan Kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Kek istimewa dengan berat 104kg itu mengambil inspirasi masjid di Kg Tambisan Darat, Lahad Datu. Ia dipersembah Sutera Harbour Resort dan dihasilkan oleh Chef Pastri, Kee Roesdyen, 43, dalam tempoh 10 hari dengan bantuan dua kakitangan.

Pada majlis itu, sebanyak 13 biji kek pelbagai tema dipersembah kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu oleh para pengusaha perhotelan dan kolej swasta.

Tun Juhar sempat merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, di samping  memaklumkan semua kek beraneka bentuk itu akan diagihkan kepada rumah kebajikan serta anak-anak yatim sekitar Kota Kinabalu.

Selain Sutera Harbour Resort, turut mempersembahkan kek masing-masing ialah Hyatt Regency Kinabalu,  Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Horizon Hotel, Nexus Resort Karambunai, The Palace Hotel, North Borneo University College, Shangri-La Rasa Ria Resort dan Shangri-La Tanjung Aru, Dreamtel Kota Kinabalu, Mercure Kota Kinabalu City Centre, Le Meridien Kota Kinabalu, Asian Tourism International College Sdn Bhd dan Promenade Hotel.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top