Remaja perempuan lemas, tergelincir jatuh sungai ketika cuci pakaian

lemas-keningau.jpg

FOTO: BBP Keningau JBPM Sabah

Kongsi Bersama

KENINGAU: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai ketika mencuci pakaian di Sungai Ansip, di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali Juliana Gabriel, 17 tahun, bukan warganegara ditemui pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, jam 7.18 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.12 petang.

Sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat saksi, mangsa sedang menjalankan aktiviti mencuci pakaian sebelum jatuh tergelincir di dalam sungai.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi SAR (Surface) dan selaman di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

Pasukan bomba berjaya menemui mangsa pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa ditemui oleh pihak bomba pada jarak 10 kaki dari tempat mangsa dilaporkan tergelincir di kedalaman 10 kaki,” kata kenyataan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 9.20 malam ini.

 

Sumber: Buletin TV3

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top