Rekrut Remaja 18 Tahun Ke Atas Jadi Ahli PBS – Joachim

Dr-Joachim-2.jpg

Dr. Joachim (duduk, tengah) bersama dengan para pemimpin PBS DUN N.36 Kundasang yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya semalam.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam meminta para pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) peringkat kampung mula merekrut golongan remaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk dijadikan ahli parti.

Katanya langkah itu perlu untuk memberikan pendedahan awal kepada kepada para belia dan beliawanis di bawah 30 tahun dalam arena politik.

Beliau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada para pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ketua-ketua kampung bagi Zon Bundu Tuhan, Ranau di Wisma Kewangan, di sini, semalam.

Antara agenda yang turut dibincangkan adalah mengenai pembangunan kawasan seperti pembaikan jalan kampung, dewan-dewan dan lain-lain keperluan yang mendesak.

Zon Bundu Tuhan terdiri daripada tiga kampung iaitu Kg. Sokid, Kg. Siba dan Kg. Gondohan.

Dr. Joachim merupakan Naib Presiden PBS merangkap Ketua Bahagian PBS N.36 Kundasang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top