Rejim Israel umum kerajaan campuran, Kabinet perang

netanyahu.jpg
Kongsi Bersama

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menubuhkan kerajaan campuran, ketika rejim Zionis itu terus menggempur sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, lapor AFP.

Ketua pembangkang Benny Gantz, bekas menteri pertahanan yang berhaluan tengah, dibawa masuk menyertai veteran sayap kanan Netanyahu, sekali gus mengetepikan perbezaan politik yang sebelum ini sudah mencetuskan protes besar-besaran.

Perkembangan mengenai ‘kerajaan campuran, kabinet perang’ itu berlaku selepas tentera Israel di bandar selatan yang dilanda pertempuran berkata, sejumlah 1,200 orang terbunuh dalam serangan pejuang Islam, iaitu serangan terburuk dalam sejarah 75 tahun untuk Israel.

Krisis Palestin-Israel itu menyaksikan Netanyahu membuat perjanjian politik dengan Gantz dan berjanji untuk membekukan buat masa ini rancangan baik pulih kehakiman kerajaannya yang mencetuskan protes besar-besaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua pembangkang Yair Lapid tidak menyertai pakatan sementara itu, walaupun kenyataan bersama berkata, kerusi akan “dikhaskan” untuknya dalam ‘kabinet perang’ itu.

Di Gaza, pegawai melaporkan lebih 1,000 orang terbunuh dalam kempen berterusan Israel dengan serangan udara dan meriam, dengan asap hitam berkepul-kepul ke langit.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 11 kakitangannya terbunuh di Gaza sejak Sabtu, manakala persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa berkata, ia lima anggotanya terkorban.

Di Tebing Barat diduduki Israel, sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh apabila peneroka haram Israel yang bersenjata menyerang sebuah bandar di selatan Nablus, menjadikan jumlah kematian kepada 29 orang, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Israel sudah mengumpulkan pasukannya termasuk dilengkapi kereta kebal dan perisai berat lain di sekitar Gaza dalam operasi membalas dendam terhadap apa yang dilabelkan oleh Netanyahu sebagai ‘belum pernah dilihat sejak Holocaust’.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berjanji untuk menghantar lebih banyak amunisi dan perkakasan ketenteraan kepada sekutu rapatnya Israel dan menyatakan rasa jijik berhubung serangan Hamas yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Dalam pada itu, Netanyahu menyatakan bahawa setiap anggota Hamas adalah ‘orang mati’ selepas mesyuarat tergempar pertama rejim Zionis itu. – Agensi/HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top