Razarudin Husain Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Razarudin-KPN.jpg

Tan Sri Razarudin Husain

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuatkuasa 23 Jun 2023.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Saifuddin dalam kenyataan itu berkata, Razarudin dilahirkan di Dengkil, Selangor pada 15 Mac 1963 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top