Rasuah Kelulusan Lesen Kapal, 3 Penjawat Awam Ditahan SPRM

SPRM.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penjawat awam kerana disyaki menerima wang rasuah antara RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap pengeluaran lesen kapal kecil berlesen Sabah, semalam.

Ketiga-ketiga suspek berusia antara 50 hingga 60 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, ketika masing-masing hadir untuk memberi keterangan jam 12 tengah hari.

Menurut sumber, semua suspek bertugas di sebuah jabatan awam di Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

“Ketiga-tiga suspek terbabit disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 daripada syarikat operator pelancongan antara 2017 hingga 2019 bagi setiap pengeluaran lesen kapal kecil berlesen Sabah.

“Ini bertujuan untuk penambahan penumpang melebihi 12 orang tanpa mengikut prosedur permohonan penambahan penumpang sebenar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Labuan esok bagi tujuan permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top