Rapahi Dakwa Warisan Upah Cybertroopers Semenanjung Ratusan Ribu RM

rapahi-najib.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Parti Warisan Sabah (Warisan) di dakwa sanggup membayar lima orang cybertroopers yang dibawa khas dari Semenanjung Malaysia khusus untuk membantu gerak kerja parti itu sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu di dedahkan oleh bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran Dan Invoasi Sabah Datuk Dr.Yusuf Yacob Rapahi Idris.

Menurut Rapahi kesemua mereka telah dibayar upah sebanyak RM500,00 dan diberi tanggungjawab untuk menyebarkan propaganda berkaitan Warisan untuk mempengaruhi rakyat.

“Biro penerangan (Warisan) telah membawa lima orang cybertroopers dari Semenanjung dengan bayaran RM500 ribu untuk menyediakan video dan sebagainya.

“Persoalanya kenapa sampai terpaksa mengupah orang luar untuk membantu bagi mempertahankan kita.

“Sedangkan kalau betul kita tidak salah, tidak perlu untuk membelanjakan wang yang sebegitu besar semata-mata untuk mengupah cybertroopers,” katanya ketika ditemui mendedahkan perkara ini di Beaufort.

Menurut Rapahi yang juga Ketua Penerangan Warisan Bahagian Sipitang , wang yang sebegitu banyak sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang masih susah.

“Inilah yang menjadi keresahan kami, atas sebab itu saya mempertaruhkan masa depan diri sendiri demi memastikan rakyat tahu perkara sebenar.

“Kalau benar kerajaan prihatin terhadap rakyat untuk apa membelanjakan wang setengah juta, sedangkan dengan wang sebanyak itu kalau digunakan untuk membeli buku agama (contohnya) satu Sabah boleh mendapatkan manfaat,” tegasnya lagi.

Untuk rekod Rapahi sebelum ini merupakan Setiausaha Biro Penerangan Warisan Sabah yang bertanggungjawab untuk menyebarkan propaganda berkaitan kerajaan negeri. – Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Keterangan gambar:
Rapahi menyerahkan borang keahlianya kepada Penasihat BN Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dalam satu majlis remah mesra di Papar baru baru ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top