Rangka Pelan Tindakan Tangani Setinggan Dan PATI

Aliakbar.jpg

Dr Aliakbar

Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah perlu mengambil langkah mewujudkan rangka pelan tindakan dan polisi yang lebih komprehensif bagi menangani isu setinggan dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Aliakbar Gulasan ketika perbahasan ucapan perasmian Yang Dipertuan Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, semalam.

“Perkara ini sudah terlalu lama, namun kerajaan negeri tidak begitu serius menangani isu ini, sehinggakan kerajaan pernah meletakkan sasaran polisi ‘Setinggan Sifar’ menjelang tahun 2015. Namun ianya gagal dan tiada tindakan susulan yang dibuat selepas daripada itu,” kata Aliakbar.

“Isu PATI ini menyebabkan golongan masyarakat tempatan terpinggir, sebahagian kawasan seolah-olah golongan minoriti adalah orang tempatan dan yang dominan adalah golongan PATI,” katanya.

Kesimpulannya, kata ADUN Dilantik itu, kerajaan perlu ada satu rangka pelan strategik yang komprehensif bagi menangani kawasan setinggan yang didiami oleh PATI.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top