Rancangan Kerjasama Dengan Tawi-Tawi: Apa Langkah Kerajaan Halang PATI Bolos Masuk Ke Sabah?

Juil-Nuatim.jpg

Datuk Juil Nuatim

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menjelaskan perancangan serta langkah bagi memastikan sempadan negeri itu tidak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) susulan rancangan kerjasama kerajaan Sabah dengan Tawi-tawi di Filipina, kata wakil rakyat Warisan, Datuk Juil Nuatim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu berkata, walaupun usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negeri perlu dipuji, namun mereka perlu memastikan kemasukan PATI dapat dibanteras kerana dikhuatiri kerjasama itu akan disalahgunakan pihak tertentu.

“Saya tertarik dengan laporan mengenai rancangan kerjasama ekonomi antara kerajaan Sabah dan kerajaan Tawi-tawi, iaitu sebuah provinsi di selatan Filipina.

“Kalau dulu kerajaan Warisan di bawah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal yang merancang kerjasama ini, kami sudah tentu akan dikaitkan dengan PATI.

“Sebab itu, saya ingin bertanyakan kerajaan GRS apakah perancangan dan langkah untuk memastikan sempadan di Sabah tidak dibolosi PATI kerana dikhuatiri ada kemungkinan menyalahgunakan kesempatan ini untuk masuk ke Sabah secara haram,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2022 pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Juil turut mempersoalkan sama ada Pas Sementara Sabah (PSS) yang pernah menjadi kontroversi akan dilaksanakan semula kerajaan GRS.

Ini kerana, katanya, isu itu kembali viral di media sosial dan didakwa akan dilaksanakan semula kerajaan sekarang.

“PSS pernah diutarakan sewaktu kerajaan persekutuan terdahulu, tetapi pernah dirancangkan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) pada 2014 dan kemudian dibatalkan beberapa tahun lepas oleh kerajaan Warisan atas tohmahan tidak berasas kononnya akan memberi IC (kad pengenalan) kepada PATI serta hak keistimewaan orang Sabah akan diambil.

“Pertanyaan saya di dewan yang mulia ini ialah adakah kerajaan yang ada sekarang akan melaksanakan program PSS ini di Sabah?” soalnya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top