Ramasamy umum keluar DAP

Ramasamy.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Spekulasi mengenai kedudukan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy dalam DAP akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan keluar dari parti itu.

Pengumuman bekas Adun Perai itu dibuat beberapa minggu selepas digugurkan daripada barisan calon DAP untuk PRN Pulau Pinang.

“Saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Setiausaha Agung Loke Siew Fook pagi ini,” katanya pada sidang media di Butterworth.

“Saya membuat keputusan ini selepas banyak berfikir, dan saya juga telah bercakap dengan rakan dan keluarga sebelum membuat keputusan ini.”

Ramasamy antara tujuh bekas Adun digugurkan sebagai calon. Adun Perai selama tiga penggal itu memenangi kerusi berkenaan pada 2008.

Bulan lalu, Ramasamy mempersoalkan sama ada DAP masih parti sama disertainya pada 2005 kerana kurang ketelusan dan konsisten dalam pengumuman calon.

Katanya, beberapa penyandang digugurkan atas alasan mahu meremajakan parti, tetapi “hakikatnya ramai calon muda digugurkan dan digantikan calon lebih tua”.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top