Ramasamy keluar DAP?

ramasamy.jpg

P. Ramasamy

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk keluar dari parti, esok.

Menurut laporan FMT yang memetik sumber dalam parti mendakwa veteran DAP itu akan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan pada PRN.

Awal hari ini, Ramasamy yang telah bersama parti itu selama hampir dua dekad Ramasamy memaklumkan akan mengadakan sidang media dan menurutnya beliau mempunyai pengumuman ‘penting’ untuk dibuat.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat David Marshel yang kini bertanding bebas di DUN Perai selepas mengumumkan keluar DAP, baru-baru ini.

Ramasamy antara 8 ADUN yang digugurkan daripada pencalonan DAP di Pulau Pinng.

Tindakan DAP itu sekali gus menamatkan khidmat Ramasany sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai selama tiga penggal selepas mula menyandang kerusi itu sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Bulan lepas, Ramasamy mempertikai sama ada DAP masih parti yang sama disertainya pada 2005 selepas digugurkan. – Agenda Daily

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top