Ramai Bumiputera menghantar anak ke sekolah Cina – TKM Sabah

SJK-C-Chung-Hwa.jpg

Gambar hiasan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lebih ramai Bumiputera di Sabah menghantar anak mereka ke sekolah vernakular Cina (SJKC), kata timbalan ketua menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey berkata ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Bumiputera Sabah tentang keperluan generasi akan datang untuk menguasai bahasa lain selepas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik kerana apabila rakyat kita dapat menguasai lebih daripada tiga bahasa dan berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain, ia sudah tentu akan mengeratkan lagi perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya sebagaimana dilaporkan Daily Express.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat berkata beliau akan sentiasa menyokong usaha memupuk perpaduan.

“Mari kita bersatu, menghormati antara satu sama lain dan terus maju ke hadapan demi Sabah.”

Awal bulan ini, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mempersoalkan sama ada SJKC akan dapat bertahan berikutan penurunan kadar kelahiran dalam komuniti etnik Cina.

Wakil rakyat PKR itu berkata bahawa banyak SJKC di kawasan luar bandar dengan kurang daripada 150 pelajar telah diklasifikasikan semula sebagai “Sekolah Kurang Murid”.

Perkara ini disangkal oleh bekas ahli parlimen dan aktivis Kua Kia Soong, yang berkata populariti SJKC dalam kalangan pelajar bukan Cina, khususnya orang Melayu, adalah bukti daya tarikannya masih berkekalan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top