Rakyat Terjejas Bencana Tidak Akan Terputus Bantuan Makanan – Wetrom

wetrom.jpg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa rakyat yang terjejas akibatbanjir dan tanah runtuh di daerah ini tidak akan dibiarkan terputus bekalan makanan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Wetrom Bahanda berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

“Ini menunjukkan keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Jabatan Kebajikan yang sentiasa komited membantu mangsa-mangsa yang terputus bekalan makanan, khasnya di kawasan ini (Bandau),” katanya semasa menghantar bekalan makanan kepada empat kampung yang telah terputus hubungan akibat tanah runtuh, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau itu turut menyeru semua pihak untuk sama-sama memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.

“Disaat ini, kita semua akan lebih kuat dengan adanya penyatuan dan berusaha keras bersama, berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik dan terjejas akibat bencana alam.

“Saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga semua terus bersabar, berdoa kepada Tuhan agar kita semua diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan besar ini,” ujarnya.

Menurutnya, tanah runtuh yang berlaku menyebabkan jalan utama terputus hampir 300 meter meliputi Kampung (Kg) Torintidon, Kg Gontoi, Kg Mahligai dan Kg Pampang Poring di DUN Bandau ini.

“Hari ini sebanyak 165 bakul makanan diberikan kepada penduduk yang terjejas,” katanya. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top