Rakyat Semakin Terbuka Sokong Parti Tempatan

awang-ahmad-sah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini dilihat semakin berani menyokong mana-mana parti secara terbuka.

Sebagaimana di Sarawak, semakin ramai rakyat Sabah menyokong parti tempatan.

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, menyedari hakikat itu, Warisan kini bergerak aktif untuk menyedarkan rakyat bahawa perjuangan mengembalikan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya akan dicapai sepenuhnya jika Sabah diperintah oleh parti tempatan.

Justeru itu, Warisan sedang menyusun program untuk memperkukuh dan memperkasakan parti dengan mendekati rakyat di seluruh negeri.

“Saya menyifatkan sokongan rakyat di peringkat akar umbi terhadap Warisan amat luar biasa dan meyakinkan.

“Rakyat berani memberikan sokongan secara terbuka kepada parti ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top