Rakyat Sabah Yang Balik Dari Brunei Tak Perlu Kuarantin

Sempadan-Sabah-Sarawak-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju memberi kelonggaran kepada rakyat Sabah di Brunei Darussalam untuk masuk ke negeri ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata bagaimanapun, individu yang ingin masuk ke Sabah masih tertakluk dengan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) untuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

“Individu (yang ingin memasuki Sabah) berkenaan diwajibkan menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19.

“Keputusan ujian saringan berkenaan mestilah dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, kerajaan negeri memberi kebenaran kepada individu dari Brunei untuk memasuki Sabah menerusi jalan darat atau udara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ini berikutan Brunei tidak termasuk dalam senarai 23 negara disekat kemasukan ke Malaysia.

Semalam, Sabah mencatatkan 260 kes positif baharu dengan tiga kes kematian dicatatkan di Sandakan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top