Rakyat Sabah wajar nikmati kemakmuran ekonomi negara – Shafie

DSSA-1.jpg

Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

Kongsi Bersama

KIMANIS: Rakyat di Sabah wajar diberikan peluang untuk menikmati kemakmuran ekonomi negara ini.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pembangunan di Sabah perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi manfaat rakyat.

“Selain itu, peruntukan yang disalurkan ke negeri ini perlu seimbang. Ini bagi membolehkan pembangunan dan kemajuan dicapai dapat dirasai oleh rakyat Malaysia di Sabah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran dan Golongan Asnaf di Kampung Laut Bongawan di sini, hari ini.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu berkata, WARISAN hadir ke kampung itu bukan sekadar untuk berbuka puasa tetapi juga menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran dan golongan asnaf.

Katanya, bantuan berkenaan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka dalam bulan Ramadan ini.

Menurutnya, baru-baru ini sebanyak 25 Ketua Isi Keluarga (KIR) yang terlibat dalam bencana kebakaran di sini.

Katanya, jumlah itu melibatkan sejumlah 97 isi keluarga. Oleh itu, bantuan diberikan dalam bentuk kewangan dan bahan makanan.

“Inilah usaha yang kita sedang lakukan kepada rakyat Sabah…bukan saja dengan bantuan yang ada tetapi juga kita suarakan perkara seumpamanya di Parlimen,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top